KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang antara lain menyaksikan hukuman denda maksimum dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi pesalah di bawah akta itu, dijangka dikuatkuasakan Julai ini.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata pengkuatkuasaan akta itu dibuat setelah ia diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Beliau berkata selain hukuman denda, pindaan itu juga meliputi peningkatan hukuman penjara maksimum daripada 10 tahun kepada 15 tahun untuk pesalah di bawah akta tersebut.
"Kami berharap dengan penalti yang lebih tinggi, konservasi hidupan liar lebih terjamin dan selamat memandangkan populasi ini semakin kurang disebabkan isu pemburuan haram dan sebagainya.
"Kami berharap pindaan akta ini dapat memberi pengajaran dan pendidikan kepada rakyat Malaysia untuk lebih prihatin terhadap hidupan liar," katanya selepas menghadiri Majlis Ulang Tahun Malaysian Zoological Parks and Aquaria (MAZPA) ke-25 di sini, hari ini.
Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 diluluskan di Dewan Negara pada 21 Dis lepas bagi menambah baik akta berkenaan dalam meningkatkan keberkesanan perundangan konservasi hidupan liar.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dalam kenyataan sebelum ini menyatakan terdapat peruntukan baharu bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang mengiklankan penjualan hidupan liar dalam talian, serta kutipan fi bagi aktiviti di kawasan rizab dan perlindungan hidupan liar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata pengkuatkuasaan akta itu dibuat setelah ia diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Pakar
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata peralihan kepimpinan utama Singapura kepada Perdana Menteri yang tidak datang dari keluarga Lee dijangka tidak menjejaskan kestabilan pentadbiran republik itu. Jelasnya, Singapura mempunyai sistem peralihan kepimpinan yang sistematik dan konsisten.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Pindaan Akta 716 dikuatkuasakan Julai ini - KP Perhilitan
Pengkuatkuasaan akta itu dibuat setelah ia diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
'Kesian, jumpa tepi jalan' - Wanita beri sebab kurung beruang matahari
Wanita berusia 27 tahun itu mendakwa menemui haiwan itu berkeliaran bersendirian berdekatan sebuah hutan.